Few months before kami balik ke Malaysia rumah kami di Sheffield telah mula dipenuhi dengan kotak yang nak dihantar ke rumah kami di Malaysia. Rumah kami menjadi sangat padat terutamanya selepas suami aku viva di mana aktiviti packing barang dilakukan secara besar-besaran. Suami aku lah orang yang banyak bekerja keras membungkus barang-barang kami dengan jayanya sampaikan malam kedua terakhir sebelum kontena sampai ke rumah dia tertidur kepenatan di tangga rumah. Aku tak dapat banyak membantu sebab aku masih sibuk buat kerja PhD dan juga dek kekangan tak boleh mengangkat dan bergerak banyak dalam keadaan pregnant. Terima kasih sangat dekat suami aku sebab dalam lebih 200 kotak yang dibungkus rapi hanya ada satu saja barang yang pecah (Ini rekod setelah lebih 200 kotak dibuka. Ada lagi yang belum buka). Itu pon cuma jam dinding murah tapi banyak berjasa selama kami tinggal di Basford Street.
Untuk pengetahuan, suami aku bukan bungkus barang main campak aje. Setiap kotak/bungkusan dinomborkan dan ada plak catatan yang hampir detail apa yang diletak dalam kotak tu. Every fragile item which did not come with its own box akan dibungkus 2-3 layer dengan bubble wrap. Fragile item juga akan diberi priority untuk dimasukkan dalam kotak pisang. Yang odd size masuk dalam bukan kotak pisang. Kenapa kotak pisang? Orang Malaysia di Sheffield rata-rata bungkus barang guna kotak pisang sebab kotaknya sangat keras dan saiznya yang seragam memudahkan proses stacking dan kerja-kerja mengoptimumkan kontena. Setiap kotak pulak dibalut dengan plastik hitam supaya proses stacking lebih berkesan sebab plastik hitam tu akan membuatkan kotak-kotak melekat antara satu sama lain. Jadi kebarangkalian kotak nak terbalik atau tergolek tu dapat dikurangkan. Untuk pengetahuan kami dapat kotak pisang tu dari supermarket berdekatan. Ambik free je. Tapi kebanyakannya kami dapat dari supermarket Waitrose, tempat suami aku kerja part time. Suami aku bawak balik sikit-sikit lepas kerja. Ada jugak yang kami ambik dari supermarket Morisson. Bubble wrap pon kami tak perlu beli. Suami aku ambik percuma bubble wrap bekas balut buah-buahan yang nak dibuang, jugak dapat kat tempat dia kerja part time. So, memang jimatlah sebab kami tak perlu beli kotak mahu pon bubble wrap. Kami cuma perlu keluarkan modal beli plastik hitam untuk wrap kotak, fragile stickers dan sellotape je. Sticker untuk box numbering kami beli sticker untuk hadiah Krismas yang dijual 20 pence satu gulung kat Wilko masa offer lepas Krismas. Beli 3 gulung je pon dah boleh tagging semua kotak/bungkusan yang ada.
|
Habis satu bilik attic penuh dengan kotak |
|
Dekat sebelah masterbedroom. |
|
Lagi rupa dekat sebelah masterbedroom. Meja dan kerusi study pon habis dibungkus dengan plastik hitam. |
|
Ruang laluan ke attic jugak diletak barang |
|
Kat ruang tamu |
|
Dining room |
|
Dapat bubble wrap saiz besar free dari Appliances Online masa delivery built in oven yang kami beli. Actually kami tanya ada tak depa simpan dalam lori kotak fridge or freezer yang customer suruh discard supaya kami boleh gunakan untuk balut freezer kami. Dia kata takde tapi dia bagi bubble wrap tu. |
Tanggal 19/3/2016 semua barang kami termasuk barang-barang kiriman rakan-rakan telah selamat dimasukkan ke dalam kontena 20 kaki panjang dengan bantuan rakan-rakan di Sheffield. Tanggal 17/5/2016, kontena yang sama telah selamat sampai di depan rumah kami di Kuantan. Kira door to door shipping lah. Dan di Malaysia sekali lagi kami hidup di dalam kotak. Bukan sehari dua ye. Tapi lebih dua bulan! Kelmarin secara officialnya aku dah tak nampak kotak di ruang tamu, bilik anak dan master bedroom. Proses unpack memakan masa oleh sebab kekangan masa bekerja, aku mengandung, memikir penyelesaian serta menyedia ruang penyimpanan barang.
|
Kontena kami telah selamat sampai di depan rumah kami di Kuantan. |
|
Tu dia...Ruang tamu kami dah penuh dengan kotak. Ini belum masuk kat dalam 3 bilik tido lagi! Bayangkan macam mana kami cuba mengosongkan semua ruang dari kotak-kotak ni. |
Rata-rata rakan yang balik dari UK dengan kontena bagitau kami barang-barang depa ada yang masih dalam kotak walaupon dah lebih setahun atau dua tahun balik. Siap ada yang bagitau ada satu bilik lagi penuh kotak. Kami nak mencatat sejarah untuk elak kejadian yang sama berlaku kat kami. Kami nak buktikan walaupon balik dengan satu kontena dengan rumah tak besar mana, kami boleh utilize semua barang yang kami bawak balik. Alhamdulillah, matlamat kami sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bilangan kotak tak berbuka dah tak banyak dan dah nampak sirna boleh dibuka dan diguna kesemuanya. Itu pon ada sebilangan bukan kotak kami. Kotak orang yang belum diambil.
Jangan tak tau. Dengan menjual kotak-kotak yang dah dibuka setakat ni ke recycling center tak jauh dari rumah kami ada kot dalam RM50 dah kami dapat. Betapa banyaknya kotak yang kami angkut dari UK. Hehehe.....
Tips:
- Nak bagi satu tips kat korang yang nak membungkus barang nak bawak balik dari UK. Ini sebenarnya tips dari sahabat di Sheffield jugak. Seeloknya, barang yang kita nak simpan dalam satu ruang yang sama contohnya ruang dapur, letak kat kotak yang sama. Jangan campur dengan barang dari ruang lain. Cara ni berkemungkinan besar akan mempercepatkan proses unpack. Pastu tagging kat luar kotak dengan huruf dan nombor. Contohnya K untuk kitchen, D untuk dining room, L untuk living room dan sebagainya. So, bila kotak sampai kat rumah di Malaysia boleh letak dan susun kotak mengikut ruang. Nombor tu plak untuk rujukan detail macam yang kami buat untuk memudahkan pencarian barang tertentu.
- Untuk mewujudkan ruang penyimpanan dengan rumah yang kecik macam rumah kami kena kental hati untuk let go barang-barang yang kita maybe sayang dan sedia ada dalam rumah tapi kita tak guna. Boleh let go for free atau jual je kat mudah.my. Kita bukan saja dapat extra ruang tapi boleh dapat duit jugak daripada simpan benda-benda tak perlu.
- Semasa di UK beringat-ingatlah ketika shopping terutamanya bila ke carboot sale. Jangan membazir beli benda tak perlu. Portmeirion jangan terlajak beli ye mak-mak....Hehehe.... Yang mana boleh jual kat eBay atau carboot sale, silalah berjualan bila ada masa terluang. Jangan tunggu last minit. Tapi kalau rasa untung jual kat Malaysia, bolehlah simpan dan bawak balik. Elakkan jugak beli dan bawak balik perabot yang korang rasa macam takdelah suka sangat. Sebab nak discard maybe tak mudah (sebab sentimental value, orang lain pon maybe tak berminat) dan korang akan rasa kecewa tengok perabot cantik-cantik boleh beli kat Malaysia je bila ke rumah kawan-kawan. Kalau nak beli biar yang tip top, yang tak mudah nak dapat atau tak jual atau mahal kat Malaysia dan yang paling penting korang sangat suka dan benda tu akan digunakan. Contohnya macam fabric sofa Chesterfield ke (arggghhhhh!!!! Nyesalnya tak beli!), set meja makan gaya moden dari kayu Oak jenama Next ke, carpet gebus-gebus rare design ke and the list goes on....Huhuhu....
6 comments:
Dah siap unpack barang?
Wah, tahniah... Good job!
Akak pun masih dalam proses lagi ni...
Ada satu bilik yg masih penuh barang.. walau dah setahun balik M'sia :(
Caiyok! Memang tak mudah kak tapi maybe kami hampir berjaya sebab kami desperate perlukan ruang :)
boleh share tak total price 20ft kontena including mileage charge? Sbb tgh consider nak amek kontena jugak. Maklumla duduk uk ni mmg kerja mengumpul brg.
Kami kena charge £950 including £170 untuk insurans bernilai £15K. Takde mileage charge. Kos utk clear kastam dan sebagainya di msia (turun di pelabuhan Kuantan) sehingga hantar sampai ke depan rumah kami di Kuantan jugak ialah RM2300. Kami guna khidmat Arcadia. Arcadia assign PKT Sdn Bhd untuk urus segala hal di msia. Walaupon ada orang kata perkhidmatannya mahal skit dari syarikat lain, kami sangat puas hati. Kawan2 kami yang lain pon banyak guna khidmat Arcadia dan setakat ni semua yang kami dengar depa pon puas hati.
thanks for the reply. Maksudnya total dari uk ialah Gbp950 + Rm2300(in malaysia). Boleh bg contact company kontenan kat uk tu tak? Sbb dok tgk edex macam mahal je siap ada mileage charge lagi.
Ya, betul. Boleh refer laman webnya di http://www.arcadiafreight.co.uk/
Post a Comment