Monday, August 10, 2015

Berangan Nak....

Takde satu pon dari koleksi Cath Kidston from last season yang aku rasa nak sangat. Tapi koleksi musim baru Cath Kidston yang baru saja launch telah membuatkan hati aku meronta-ronta nak lebih daripada tiga handbag yang ada. Hahaha....Masa nak pergi beli hadiah untuk somebody di Cath Kidston aku pon seronok menjamu mata. Akibatnya bukan setakat handbag yang aku berangan nak beli tetapi jugak  beberapa aksesori lain sekali. Adus...parah! Ok....sabar sehingga ada sale dulu. Tak boleh beli semua yang aku berangan. 



Pastu kawan aku ada le bercerita betapa cantiknya Le Creuset kaler hijau digandingkan dengan Portmeirion. Aku pon gatal le plak pi tengok website Le Creuset. Alamak.....serius cantik cast iron casserole dia! Aku paling berkenan koleksi Palm green macam dalam gambar kat bawah ni. Masalahnya harga seketul mahal sangat dan so far takde jual kat high street apatah lagi factory outtet sebab koleksi terbaru. Hanya ada jual kat online saja. So, lagi jangan mimpi la mudah nak dapat beli dengan harga mampu milik. Oleh kerana harga dia kalau lepas diskaun pon bapak mahal, nampaknya aku hanya mampu berangan saja la. Ada tak sesapa nak bagi hadiah kat aku? Hahaha.....Actually palm green combine ngan cassis purple macam gambar kat bawah ni gojes sangat. Oh...sudah-sudah le berangan. Kang ada yang kena makan cast iron plak sebab tak boleh nak beli beras. 

4 comments:

Isma Ismail said...

Wah memang cantik sungguh Le Creuset kaler hijau ni...nak tumpang berangan jugak boleh?

Naflyna said...

Kak Isma, berangan boleh, nak beli kena tanya org yg nk bayor. Huhuhu...

Anonymous said...

Asslamualaikum
Puan ada jual queen anne ke Malaysia tak?
Kalau ada bagaimana untuk order?

Naflyna said...

Wslm. Mintak maaf, saya tak meniaga queen anne. Sy beli utk kegunaan sendiri je aritu