InsyaAllah Aidilfiti kali ni adalah aidilfitri kami sekeluarga yang terakhir di bumi ratu. Surat phd extension untuk 6 months kami laki bini telah tercatat di mana hari terakhir kami patut berada di UK adalah 23 Mac 2016. Walaupon kami beraya di perantauan, kemeriahannya tetap dirasai n in fact aku rasa tak kurang seronoknya.
Persiapan Raya dan Takbir Raya
Seperti tahun-tahun sebelumnya ada majlis takbir raya pada malam hari raya ke beberapa buah rumah dari kalangan ahli keluarga Darnall. Tahun ni buat di tiga buah rumah: rumah Munirah, Nazihah dan Kak Anoi. Tuan rumah yang terlibat masing-masing ada sedia makan untuk tetamu. Tapi majlis hanya untuk kaum bapa saja.
Going for takbir raya!
Mak-mak masing-masing sibuk buat persiapan raya masing-masing. Sejak pagi Khamis lagi (sehari before raya) aku dah sibuk pergi beli barang, iron baju kami anak-beranak untuk raya tiga hari dan kemas rumah dan memasak. Tapi aku tak masak beria sebab aku tau kami akan kekenyangan sebelum balik rumah.
Ruang tamu dah siap kemas |
Raya Pertama
Tahun ni macam tahun-tahun yang lepas PMPMS anjurkan solat aidlifitri dan sambutan aidilfitri di PMC. Alhamdulillah, tiga tahun berturut-turut kami tak pernah miss event ni. Walaupon kali ni tak seramai seperti tahun-tahun lepas (maybe sebab ramai yg balik beraya di malaysia dan jugak tak ramai budak master), nak ambik makanan still kena beratur panjang jugak. Tapi kami tak perlu beratur sebab kami skip sesi bergambar beramai-ramai jadi masa orang lain sibuk bergambar kami ambil peluang menikmati juadah. Huhuhu....aku malas nak join sesi bergambar sebab tahun lepas muka aku tak masuk pon sebab terlindung dek kerana ramai sangat yang blocking depan aku. Kalau dapat masuk dalam gambar pon aku rasa macam tak berapa significant sebab tak nampak jelas pon sebab masing2 nampak macam semut dari jarak penglihatan dua meter jauh. Huhuhu....maklumlah, ramai sangat. Tapi sambutan kali ni kurang meriah sikit dalam bab makanan berbanding sambutan tahun lepas, kurang variasi dan kurang umphh. Yg paling sadis air minuman tak cukup dan aku balik dengan tekak sedikit perit dan dahaga. Tapi itu bukan major concern aku sebab aku rasa still not bad. Yg paling tak best PA system tak function sepenuhnya menyebabkan ramai yang terpinga-pinga apakah isi ucapan khutbah raya yang disampaikan. Tapi kekurangan tu semua bukan salah ajk. Depa dah cuba buat yang terbaik. Apa pon sambutannya tetap rasa meriah bila dapat jumpa kawan-kawan dan sembang-sembang. Walaupon satu universiti, department sebelah menyebelah blom tentu kami ada chance jumpa dan nak sembang2. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Jadi masa raya tu bila dah jumpa seronok la menyembang :)
Bergambar di pagi raya sebelum gi sembahyang raya dan majlis sambutan aidilfitri PMPMS |
Bersedia untuk ke PMC |
Sebelum solat sunat aidilfitri mula |
Mujur la baju melayu depa tahun ni warna gelap. Kalau tak nampak macam baru balik dari workshop. |
Lepas balik dari PMC kami terus singgah ke rumah Abg Zack dan Kak Niza. Sani sekeluarga (datang dari Malaysia), Nazihah sekeluarga serta Syahmir sekeluarga pon ada sekali. Sayang aku tak perasan Kak Niza ada buat nasi dagang. Lepas dah kenyang sebat juadah lain baru aku tau ada nasi dagang. Dah kenyang sangat jadi tak daya dah nak makan nasi dagang padahal dah lama teringin sangat makan nasi dagang. Lepas letih kekenyangan dan sembang pong pang pang di rumah Kak Niza, geng2 bapak gi sembahyang Jumaat dan aku n anak2 balik rumah berehat.
Beraya di rumah Abang Zack n Kak Niza. Meja nampak meriah dengan set pinggan mangkuk Portmeirion. Makanan juga tambah sedap dengan Portmeirion. Hahaha..... |
Petangnya kami dapat jemputan beraya di rumah Nurul dan Shazlan. Dapatlah peluang tengok rumah cantik 3 tingkat dengan backyard yang sangat osem. I wish our family can have similar house plan but I know it is impossible. Berangan je la. Huhuhu... Sayang aku lupa nak snap foto kenangan beraya di rumah Nurul dan Shazlan jadi setakat boleh cerita je la kat sini.
Kebetulan masa di rumah Nurul tu kami di jemput plak ke rumah Dr Dila n Zul. Rumah depa tak jauh dari rumah Nurul dan Shazlan. Macam rumah Nurul n Shazlan, rumah Dila pon cantik sangat. Maklumlah, depa kan PR kat sini, kerja kat sini, beli rumah sendiri di kawasan yang kami kira di kawasan elit. Memang jauh beza la dengan suasana rumah student macam kami dengan elaun yang tak banyak mana. Tapi kami tetap bersyukur sebab kami tetap boleh hidup happy.
Di rumah Zul n Dila. Tuan rumah yang pakai baju melayu kaler merah |
Dila yang pakai baju merah duduk sebelah aku |
Seterusnya kami ke open house Kak Anoi n Abg Zam. Seperti yang dijangka rumah Kak Anoi sungguhlah meriah. Maklumlah, Kak Anoi dan Abg Zam sangat femes di Sheffield kerana Abg Zam adalah mantan penghulu PMPMS manakala Kak Anoi sangat terkenal dengan bisnes nasi kerabu dan pelbagai juadah hebat. Tapi jangan tak tau, walaupon Abg Zam pegang jawatan dan Kak Anoi sibuk berniaga, PhD Kak Anoi tetap tip top. Pada hemat aku, Abg Zam is a very supportive husband n Kak Anoi pandai bahagikan masa serta bijak meletakkan priority. Eh, terkeluar tajuk buat biografi depa laki bini plak. Huhuhu.....Kuih raya Kak Anoi aku rasa yang paling banyak ada dalam rumah orang Melayu di Sheffield raya tadi. Hidangannya bermacam-macam jenis dan semuanya sedap-sedap belaka. Mantap! Walupon kunjungan ke rumah Kak Anoi adalah rumah keempat untuk hari tu aku tetap merasa macam-macam. Serdak biskut pon aku belasah sekali sebab sedap dan jugak kerana tuan rumah sua serdak je. Huhuhu....but serius sedap. Apa nama ntah biskut tu. Namanya bunyi macam bahasa perancis skit dan kata kak Anoi biskut tu pakai tepung special yang takde jual kat sini, dia import tepung tu dari Malaysia. Punya seronok suasana di rumah kak Anoi sampai ada tetamu dah salam kata nak balik tapi masih dok keluar masuk rumah tiga empat kali tapi blom balik-balik lagi. Hahaha.....meriah!
Aku datang kira dah lewat pon masih ramai lagi tetamu di rumah Kak Anoi, punya meriah! Kak Anoi yang pakai tudung keler biru berdiri tak jauh dari aku. |
So raya pertama kami telah diisi dengan ziarah ke empat buah rumah. Macam-macam la masuk perut.
Raya Kedua
Petang raya kedua kami buat open house. Ramailah yang kami jemput dan alhamdulillah traffic tetamu yang datang berkunjung berjalan lancar walaupon hampir 30 famili hadir dengan rumah kami yang taklah besar mana. Kami sediakan nasi lemak, soto nasi, rojak buah, mango float, kek, dan jugak buah tembikai.
Alhamdulillah cubaan pertama buat kek dengan filling menjadi |
Testing sebelum tetamu datang |
Actually pada petang yang sama jiran kami Nana n Ruzaini pon ada buat open house serta majlis hari jadi pasangan kembar depa. Sayangnya kami tak berkesempatan walaupon majlis depa awal 2 jam dari kami sebab persiapan hidangan untuk tetamu kami belum selesai. Tapi terharu sangat dengan Nana n Ruzaini sebab siap tapaukan untuk kami dan bawa ke open house kami.
Seronok dapat jamu tetamu masa open house tu aku tak tau nak describe macam mana. Tapi serius kami laki bini seronok sangat walaupon sedikit letih malamnya lepas majlis dah selesai. Esoknya kami dah ok dah. Ready for raya ketiga pulak!
Raya Ketiga
Agenda raya ketiga kami adalah open house Darnall. Kampung kami buat open house di High Hazels Park utk warga PMPMS. Buat kat situ anak-anak boleh bersuka ria main kat playground tak jauh dari tempat jamuan dan kampung kami sebagai penganjur tak perlu keluar modal untuk sewa tempat.
Setiap famili buat satu tugasan sedia juadah untuk tetamu dan sapa-sapa yang rajin bolehlah top up hidangan. Menu kami hari tu ada nasi dengan ayam masak merah, nasi impit dengan rendang, rojak buah, brownies, dan pelbagai kuih raya. Menu utama yang telah dicanang kepada tetamu adalah nasi dengan kambing hasil akikah anak Zahidi dan Amy, dimasak oleh orang Lubnan. Tapi menu utama sampai agak lewat membuatkan pihak penganjur sedikit suspen sebab manu lain dah semakin surut kuantitinya. Mujur hidangannya sampai pada masa agak kritikal. Bila letak saja atas meja ramailah serbu sebab ramai peminat kambing, tambahan plak hidangannya unik. Alhamdulillah, clear daging kambingnya. Cuma tinggal baki nasi saja. Itu pon sikit je. So, takdelah pembaziran.
Aku top up rojak buah sebab ada semangkuk kuah rojak lebihan open house kami. Buah pon masih banyak jadi aku pon seronok la mengosongkan peti ais. |
Inilah rupa hidangan utama yang sampai agak lewat. Walaupun nampak sangat menyelerakan aku tak sibuk nak makan sebab aku tak makan kambing. |
Tetamu berpusu nak rasa hidangan nasi dengan kambing masak Lubnan style |
Sebelum balik kami buat sesi bergambar. Bergambar aje kerjanya......Huhuhu....
Rumusan
Itulah ceritera aidilfitri kami buat kali ketiga di bumi ratu. Tak kesunyian sangat macam raya first time kat sini dulu. Raya first time dulu kami tak dapat jemputan ke mana-mana rumah langsung. Raya kedua duduk senyap-senyap saja di rumah. Sampaikan untuk mengubat kesedihan berhari raya masa tu kami decide ke Stonehenge pada hari raya ketiga. Apa yang kami dapat tengok adalah batu-batu tegak yang taklah sebesar yang aku bayangkan. Huhuhu.... Raya kali ni sambutannya super duper meriah. Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmatNya.
Nota kaki:
Tak compare dengan raya 2nd time sebab masa second time pon best sangat!
No comments:
Post a Comment