Thursday, May 3, 2012

Jika Anak Kecil Cirit-birit, Muntah-muntah dan Sakit Perut

Apa yang aku akan kongsikan di sini adalah berdasarkan guideline yang diberikan oleh seorang paedetrician (doktor pakar kanak-kanak) semasa Ismael mengalami simptom-simptom di atas tempoh hari. Dia kata guideline yang dia bagi tu bukan semua doktor tahu especially jika kita pergi jumpa doktor di klinik biasa. The guidelines adalah seperti berikut.

JANGAN beri anak:
  • minum susu berlaktosa
  • makanan/minuman bersusu seperti milo, biskut Tiger, coklat dll
  • makanan/minuman bersantan seperti cendol, nasi lemak dll
  • makanan berminyak
  • makan buah-buahan dan jus
  • makan makanan pedas atau masin
5 perkara "jangan" di atas adalah makanan/minuman yang menggalakkan penghadaman makanan yang mana tidak sepatutnya berlaku apabila anak sedang cirit-birit. Perkara "jangan" yang terakhir adalah kerana bagi mengelakkan buasir/buasir sedia ada dialami semakin teruk. 

Soalan yang mungkin korang terfikir, kalau dah tak boleh minum susu berlaktosa, nak minum susu apa plak kan?

PENGGANTI BAGI SUSU BERLAKTOSA ADALAH:
  • Susu tanpa laktosa. Biasanya di tin susu jenis ni dia akan tulis lactose free atau tanpa laktosa atau LF atau FL - jenis ni juga aku kategorikan sebagai susu bukan soya tanpa laktosa
  • Susu soya (soy based milk) yang mana konpem tanpa laktosa dan ia agak mudah untuk dicari di pasaran berbanding susu bukan soya tanpa laktosa. However, susu soya biasanya lebih mahal berbanding susu bukan soya tanpa laktosa. Anak-anak aku tak gemar susu soya sebab aku rasa kerana bau dia yang tak berapa sedap berbanding susu bukan soya tanpa laktosa.
  • Jika anak berumur lebih dari 1 tahun, paling mudah bagi sahaja susu soya kotak cap Drinho, Yoes, Marigold dll. Lebih mudah dan sedap bagi mereka.
Guideline di atas adalah untuk sementara waktu sahaja. Lepas anak dah fully recover bolehlah minum semula susu asalnya dan makan/minum benda-benda yang perlu dielakkan tadi.

Perlu diingat, baby dan maybe a toddler tak boleh nak bagitau mereka sakit perut. Jadi kalau ada simptom-simptom cirit-birit dan muntah-muntah (kerap atau sikit) pun dah patut mengikut guideline di atas.

Bagi ibu yang breastfeed, secara logiknya ibulah yang perlu mengikut pantang larang tu.

Menurut doktor tu lagi, kalau kita yang adult pon mengalami simptom-simptom yang sama pon patut mengikut guideline ni.

P/S: Sekadar panduan. Seeloknya mintalah nasihat yang lebih pakar.

16 comments:

Nihlah Insyirah said...

terima kasih atas panduan.
Ahmad memang minum Isomil, lactose free, semasa di nursery sebab allergic to cow's milk. Pernah terbuatkan untuk Nuha, terus nak termuntah Nuha terminum susu Ahmad, hehehe.Bau susu tu dah lah tak sedap, apatah lagi rasanya kan :)

semoga ismail cepat recover.

Kisah Qaseh said...

ermmm.. tak tahu pulak ada susu bukan soya.. tanpa laktosa....
ingatkan kalau lactose free tu.. susu soya.... anyway.. thank you for sharing... anak2 saya belum lg kena mcm ni.....

Naflyna said...

Alhamdulillah, Ismael dah recover. Kalau anak kena simptom-simptom tu kena asingkan dia drpd anak-anak yang lain sebab boleh berjangkit. Kalau dia ada body contact ngan anak yg lain, probability utk berjangkit akan lebih tinggi. Sy sendiri pon ada kena sikit cirit birit masa Ismael kena tp saya masih rasa ok sbb doktor kata org dewasa biasanya daya tahan penyakit lebih baik. Anak sy Ielyas pon sempat kena jugak tp sy cepat-cepat bagi dia lactose free milk n dia pon dah ok skang.

Anonymous said...

salam,

anak awak kena warded tak? berapa lama dia sakit macam tu? anak saya dah 3 hari muntah2. hari ke 3 baru cirit birit.

Sheila Wahid said...

Assalammualaikum,
Tq for info yang sangat berguna ni. bump ke blog ni mencari tentang info muntah dan cirit birit pada baby dan kanak2. Anak ke-5 (11 mths) muntah dan cirit-birit sejak 13 Dec, 16 dec si kakak pulak umur 5 & 6 tahun... kesian, badan lemah je..

Anonymous said...

salam... anak saya, aisyah pun dah 4 hari mcm ni.. mula2 muntah2, follow dgn cirit birit... kalau 3 hari sblm ni dia boleh main2, hari ni dia dah lepak n lemah ajer.. Nak tanya... bg minum susu free lactose @ soya shj ke? makanan boleh bg apa ek.. kesian tengok kan... lepas 30 minit makan atau minum, sure muntah...

Naflyna said...

Oh, sy mintak maaf sbb x sedar ada comment yang perlu direspon. Maaf, sy memang sgt jarang tgk comment updates. biasanya saya tgk comment utk latest posts aje. Inshaa Allah pasni sy akan alert utk latest comment ok.

To anonymous 21 November 2012:
Sempat juga anak saya masuk wad. Ada post sblm post ni yg saya cerita pasal anak sy Ismael masuk wad.

To anonymous 31 Disember 2012:
Bagi salah satu aje. Sy cuba yg soya utk anak sy yang 2nd tapi dia tak berapa nak minum susu plak. Jd saya bg yg free lactose plak n baru dia minum mcm biasa. Utk yg baby (ms tu) sy bg bubur nasi macam biasa cuma sy x letak sayur atau letak sikit drpd biasa. Yang abang plak (umur lebih 1 thn masa tu) sy bg makan nasi ngan lauk je. Mcm kejam skit tp utk sementara waktu je

Naflyna said...

Sorang lagi doktor favourite saya yang kliniknya dilantik sebagai klinik panel tempat sy bekerja suggest kalau anak tak berapa nak minum atau ada masalah nak minum susu free lactose atau susu soya adalah dicadangkan minum susu yang dia biasa minum tapi kurangkan jumlah sukatan susu daripada biasa. Maksud sy mcm ni: kalau 4 scoop susu kita buat utk 4 oz air suam, jadi utk kurangkan cirit-birit kita just bubuh 2 atau 3 scoop susu utk 4 oz air. Tp cara ni ambil masa lebih lama skit utk recover. But at least dapatlah kurangkan jugak drpd biar macam tu aje. Advice ni sy dapat setelah anak sy dah besar skit, kena sekali lagi dan pada masa tu dia dah tak mau minum susu free lactose @ susu soya lg dah

shazrina said...

assalamualaikum, baru jumpa info ni ..terima kasih sebab berkongsi ..memang berguna sangat, anak saya ni tengah diarrhea, tapi saya keep bg susu jugak kat die ,tak baik baik lah jadinya, kesian rasenye ..tapi sekarang dah tau, saya berhentikan kejap lah bg susu lembu kat anak saye ..trima kasih ye :D

Naflyna said...

Shazrina > wslm. Smoga anak Shazrina cepat sembuh :)

fariza hamid said...

salam, bahaya x kalau cirit birit da 4 hari? sy risau sgt, anak sy br 2 tahun, mula2 muntah2, pastu cirit birit, sy da 2 kali pergi klinik, doktor ckp klau teruk jugak, sy kena bawak anak g hospital, adakah sebab sy bg dia susu?

Naflyna said...

Fariza > wslm. Bg susu tu menjadi penyebab kepada susah utk baik cirit- birit. Tapi bukan kepada sebab asal dapat cirit-birit. Kalau nampak anak dah lembik / simptom berterusan patut pergi hospital takut anak kehilangan air byk dr badan atau ada kesan serius yg lain. Dapatkan nasihat doktor utk kepastian

Anilza said...

My nearly 1y old son baru kena huu..since yesterday dia asik muntah..hari nie pas amik dari taska,taska gtau cirit plak..adeyh la..semalam hubby bawa p klinik biasa,doc ada tanya muntah plus cirit ke?hubby said xde la lagi..but today dah start cirit plak..neway thanx for the info..ni jap g tunggu hubby tiba umah nak bawa jumpa paed plak..risau ibu dia ni..

Naflyna said...

Eloklah Anilza bawa jumpa pakar :)

Norlin Chiko said...

Tgh cari info psl susu utk anak cirit..baru tau susu LF tu susu bkn soya tanpa lactose..ingat sumer yg xde lactose tu susu soya..thanx for d info..dh blk jumpe paed sng sket ati..

Idaman Vitashop said...

thanks for sharing..ngah google ni sebab anak cirit cair dan muntah bila suap kanji..