Thursday, May 19, 2011

Akuarium

Dua minggu lepas, hari Khamis, lepas balik keja hasben ajak makan KFC. Kami gi KFC kat Giant Kuantan. Sbelah KFC tu ada le orang jual akuarium. Lepas makan aku ajak hasben gi tengok. Hajat hati nak tengok2 je. Tapi ntah camne hati kami tersangkut le plak ngan keindahan akuarium-akuarium kat situ. Budak pompuan melayu yang jd salesgirl kat ctu pon beria explain kelebihan akuarium tu, camne nak maintain akuarium, dan camne nak jaga ikan. Tapi kami x beli pon akuarium masa tu. Aku ckp ngan hasben supaya survey tempat lain. Kot2 murah lagi. Beberapa hari pastu kami gi buat survey. Tapi jenis akuarium kat kedai-kadai yg kami survey tu x sama kualitinya dgn yg jual kat kedai di Giant tu. Finally, we bought one yang jual kat Giant tu. Akuarium yg kami pilih membolehkan kami pilih 6 ekor ikan free. Hasben suruh aku pilih ikan. Aku pilih jenis yang berbeza-beza. Harga satu set akuarium siap ngan decoration + filter + lampu + 6 ekor ikan = RM210. Harga asal RM218, fix price. Oleh krn kami terperasan ada a bit scratch pada kaca akuarium tu, penjual tu setuju bagi RM210. Scratch tu x nampak pon melainkan kita telek betol2. Aku rs akuarium yang jual kat situ sesuai utk letak kat opis. Mesti cantik dan mendamaikan mata memandang. Jugak sesuai utk hadiah harijadi sbb bila kita beli akuarium kat situ, dia akan bubuh dlm kotak comei siap berikat kemas. Bila diletak dlm kotak tu, air akuarium akan dibuang separuh so that it is possible utk kita bawa kotak berisi akuarium tu tanpa perlu risau air tertumpah. Saiz max (anggaran) akuarium yang dijual kira-kira 1 kaki lebar x 1.5 panjang x 1 kaki tinggi. Sume akuarium yang dijual comel2 aje dan setiap akuarium telah siap ngan decorationnya. Akuarium saja tak jual. Kalau nak tambah aksesori cam batu, pokok, miniature or pasir blh beli berasingan. Filter dia senyap, dan sangat senang utk di maintain. Decoration boleh pilih nak yang nampak macam dalam sungai atau nampak macam dlm laut. So sweet....

Tengok, Ismael pon suka

2 comments:

nauzirfan said...

ismael ada ikan tiger..

Naflyna said...

Tapi ikan guppy dah hilang ntah ke mana. Tidak dapat dikesan. Hahahaha....