Skang Ismael dah berusia 2 bulan. Tp blom p klinik utk cucuk lagi. Appointment day yg patut kena g cucuk hari ni, kami terpaksa postpone ke hari Jumaat sbb this day adalah hari pertama aku mula kerja balik after maternity leave n aku ada class 4 jam pertemuan. Maleh nak cancel class sbb aku percaya susah nak cari masa yg sesuai nanti.
Satu hari ms g open house umah kawan, kami letak dlm baby cot yg dipinjamkan tuan umah. Dia letak baby cot tu depan tv. Aku perasan Ismael sibuk menoleh ke tv yg tgh ada nyanyi2 Barney & Friends. Anak aku suka nengok kartun rupanya. Esok tu hasben aku tepon Astro dan dia tambah pakej kartun, demi anak kesayangan Ismael. Huhuhu...
Ms bg susu (anak kami bottle feeding sbb breastfeeding yg aku harapkan sgt x berjaya) biasanya kami akan letak satu bantal kecik kat atas dada dia supaya botol tu blh stay satu tempat. Hehehe...Jgn buat sbb kalu x kena gaya baby blh lemas. Kami sentiasa tengok dia masa menyusu tu k...Isi bantal tu bukan kekabu atau ntah apa fiber yg biasa kita tengok tu. Bantal tu berisi kekacang. Aku x pasti plak kacang apa. So, kami panggil bantal kacang. Bantal kacang ni sbenarnya function dia diletakkan kat atas badan baby n baby dipercayai akan tido nyenyak terutamanya bg baby yg slalu terkejut ms tido. Aku dah test kat anak aku tp cam x berkesan je...So, kami tlh membuat invention guna utk letak botol susu :)- Bila letak bantal kacang ni kat atas dada Ismael, Ismael dah tahu yang susu dia telah ready utk diminum dan dia akan menganga-nganga minta susu. Comel sgt...Jgn x percaya, tgh pejam mata pon dia dah tahu susu akan diberi. Well, menda yg slalu dibuat pada baby, dia akan ingat.
Ismael jugak dah mula pandai main sorang2. Ms dia main sorang2 tu blh le aku kemas2 umah apa yg patut. Syarat nak bg dia main sorang2 lama skit kena jangan bagi dia ternampak kita. Kalu tak dia akan mula nak nangis. Sambil dia main sorang2 tu aku perasan dia berkenan sgt dgn aircond yg ada kat ruang tamu rumah. So, aircond tu aku anggap sbg benda pertama dlm hidup dia yg dia sgt tertarik.
Ismael suka mandi. Nasib baik. Kalau kena bg mandi sambil dia menangis, susah. Sejak lahir lg dia suka mandi. Bila time mandi dah sampai, dia akan merengek-rengek. Bila dah dibuka baju, dia akan senyap. Mcm tau2 je nak mandi.
Mmg sronok ada anak. Sronok mcm2 perkara tentang dia. Syukur sgt sbb Allah anugerahkan Ismael pd kami. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment