Tuesday, April 27, 2010

Suamiku, Aku dan Bola

Suami aku ada hobi suka tengok bola tak kira di tv atau di stadium. Bagi aku nasib baik dia suka tengok bola saja sebab bukan aktiviti yang boleh dibuat hari-hari macam memancing sebab kalau hobi memancing rasanya aku macam susah nak terima hakikat kot....Dia merupakan penyokong setia pasukan Kedah tak kira menang atau kalah. Kadang-kadang aku ikut temankan dia tengok bola.

Jangan tak tak tahu...dah beberapa stadium aku masuk sebab tengok bola Kedah main. Antaranya stadium Kuantan, Stadium Kuala Terengganu (yang lama, bukan yang runtuh tu...), dan yang terkini kami tengok final Piala FA, Kedah lawan Negeri Sembilan di stadium Bukit Jalil pada 10/4/2010 yang lepas.

Sebelum masuk stadium sempat pusing2 gerai jual jersi dan aksesori penyokong bola


Tunggu game mula. Muka aku pon dah nampak letih sbb masa ni dah lewat petang. Game mula malam


Puluhan ribu penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil. Game hampir bermula

Aku pun apa lagi, dah bukan Perak yang lawan Kedah, jadi aku sokong Kedah le...Khianat sementara. Hehehe....Kekadang aku rasa aku terover bersorak sampai lupa aku pregnant nak masuk 6 bulan. Walau Kedah ditewaskan Negeri Sembilan, rasanya takle kecewa sangat sebab pasukan Kedah berjuang habis-habisan sehingga ke tendangan penalti yang ke-7. Tak le sia-sia sangat aku bermandi peluh terpacak kat stadium Bukit Jalil seawal jam 4 petang sementara nak tunggu game mula kol 8.45 malam. Kebetulan Sogo buat sale di kawasan berhampiran stadium jadi sebelum masuk stadium sempat le husband temankan aku shopping satu dua barang. Aku salute sebab walaupun Kedah kalah, takde plak penyokongnya nak buat rusuhan. Rilex je... Penyokong Negeri Sembilan pulak takde pulak yang aku nampak nak memprovokasi penyokong Kedah yang kecewa. Siap suami aku kata ada satu mamat Negeri Sembilan ni tak boleh start enjin kereta lepas game dan dia dibantu oleh sorang mamat Kedah tanpa ada rasa dengki atau sakit hati. Macam tulah baru cool...

Oleh kerana minat yg mendalam terhadap sukan bola sepak ni, kadang-kadang Perak lawan Pahang kat stadium Kuantan pon suami aku belasah tengok. Kira sokong negeri aku pulak. Dia boleh je gi sorang2 walhal aku tak ikut sama.

Suamiku bersama pemain Kedah, Badrul Bakhtiar. Ini gambar slps game Pahang lwn Kedah di Stadium Darul Makmur

Satu perkara yang aku tak tahan kalu tengok bola kat stadium ialah banyak benor kaki rokok. Kiri, kanan, depan, belakang. Susah nak elak. Tu yang buat aku lemah skit nak teman suami aku tengok bola. Kalau korang ada anak2 nak bawak tengok bola kat stadium kena bagi lecture selepas balik menonton perlawanan kat anak2 ni bila balik. Sebabnya, berkoyan-koyan maki hamun yang budak2 kecik boleh dengar dan blajar secara kita tak sengaja. Jadi, kena le terangkan balik kepada budak2 kecik ni yang perbuatan tu tak baik. Tapi kalau agak2 anak2 anda tak mudah nak paham yang itu bukan perkara yang baik, aku rasa lebih baik elakkan le daripada bawa tengok bola di stadium. Hm...tak lama lagi World Cup dah nak mula. Nasib baik siaran langsung tatkala pagi2 buta. Kalu tak takde chance le aku nak tengok rancangan lain kat tv.

No comments: